𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡 𝟯𝟬𝟬 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗨, 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡
TAMAN MELATI, 14 Disember 2025 – Seriring perubahan landskap perniagaan semasa yang dipacu oleh pendigitalan, MARA menghimpunkan 300 usahawan wanita di Wangsa Maju bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam keusahawanan, khususnya melalui peluang menjana pendapatan dari rumah yang selari dengan keperluan pasaran digital dan pertumbuhan perusahaan mikro serta kecil.
Keazaman ini dizahirkan dalam Program Pemerkasaan Wanita MARA (PPWM) Parlimen Wangsa Maju 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Melati Kawasan 12 semalam dan turut dirasmikan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA merangkap Pengerusi Program Pemerkasaan Wanita MARA (PPWM).



