π ππππππ₯πππ‘ πππ‘π ππ₯π πππ₯πππ¬π π¦πππ‘π: π π₯π¦π π π¨ππ₯ π₯πππππ‘ πππ΅ ππ₯πππ¨ππ‘ πππ ππ₯πππ‘π
MUAR, 18 Disember 2025 β Seramai 119 pelajar Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar, warga GenMARA, diraikan dalam Majlis Graduasi MRSM Muar Kali Ke-39 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Beliau turut menyampaikan ucapan perasmian serta pengisytiharan graduasi kepada pelajar Batch Genofex SPM 2025.
Majlis tersebut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah kecemerlangan meliputi akademik, kepimpinan dan kokurikulum, antaranya Sijil Anugerah Penghormatan Pengetua, Anugerah Subjek Terbaik, Anugerah Straight A, Anugerah STEM Terbaik, Anugerah PNG 4.00, Anugerah Akademik, Kokurikulum Terbaik serta Anugerah Emas Tokoh Pelajar.



