๐—›๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ซ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—จ๐—ž๐—ง๐—œ ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ช๐—จ๐—๐—จ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—™

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2025 โ€“ High Innovation Product & Services Expo (HIPEX) 2025 yang berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2025 di MARA Halal Industrial Park (MHI Park), mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memacu pembangunan usahawan Bumiputera berasaskan inovasi, teknologi dan penghasilan produk bernilai tinggi.

Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Datoโ€™ Dusuki dalam ucapan perasmiannya menegaskan penganjuran HIPEX 2025 merupakan platform strategik MARA bagi memperkuat daya saing usahawan agar mampu menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

Beliau berkata, penganjuran expo ini membuka ruang padanan perniagaan, memperluas kerjasama industri serta meneroka peluang pasaran baharu bersama pembeli, pelabur dan rakan strategik dari dalam dan luar negara, selari dengan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

HIPEX 2025 menghimpunkan penyewa di MARA Halal Industrial Park (MHIP) dan Kawasan Industri MARA (KIM), selain menyaksikan pelancaran beberapa produk dan perkhidmatan inovatif, antaranya rangkaian produk Ready-To-Eat (RTE) oleh Arisprop Sdn. Bhd., aplikasi Go Service Apps oleh KTE Technology Sdn. Bhd. serta produk capati sejuk beku oleh Fatehah Frozen Sdn. Bhd., sebagai bukti keupayaan inovasi usahawan MARA.

Turut hadir Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial, Puan Mimi Mazlin Mohamad Yusof dan Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan, Tuan Syed Saifuddin Syd Ahmad serta barisan pengurusan MARA.