π π₯π¦π ππ¨π‘ππ¨π‘ π ππ ππ‘π§ππ£πππ‘ ππππ‘ππ πππππ ππ₯πππ‘πππ‘ π£ππ‘πππππππ‘ π ππ₯π
Dungun, 8 Januari 2026 β Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini secara rasmi menerima Projek Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu. Projek yang bermula pada 29 Mac 2021 dan siap sepenuhnya pada 13 November 2025 ini menjadikan MRSM Dungun sebagai MRSM ke-58 di seluruh negara.
Pembinaan MRSM terbaharu ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memantapkan pendidikan berteraskan sains, teknologi dan inovasi, selain menjadi mercu tanda baharu kecemerlangan pendidikan di Terengganu. Ia turut merupakan pelaburan strategik MARA dalam pembangunan bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi melahirkan modal insan berdaya saing selaras dengan keperluan masa hadapan negara.



