𝗧𝗢𝗪𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗟 𝗘𝗟𝗜𝗧𝗘𝗕𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗧 𝗩𝗜𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗠𝗔𝗥𝗔
BANTING, 23 Januari 2026 – Majlis Amanah Rakyat MARA melalui Bahagian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Program Town Hall EliteBound Timbalan Ketua Pengarah MARA Bersama Warga Kerja dan Pelajar Kolej MARA Banting dan Kolej MARA Seremban bertempat di Kolej MARA Banting hari ini.
Program yang disempurnakan oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA, menghimpunkan pihak pengurusan, pensyarah serta pelajar dalam satu sesi dialog berfokus. Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh berkaitan visi, misi dan hala tuju pelaksanaan Program EliteBound, di samping menyediakan platform perbincangan terbuka serta maklum balas dua hala antara kepimpinan MARA dan warga institusi. Melalui sesi town hall dan taklimat yang diadakan, peserta turut diberi penjelasan berkaitan dasar pendidikan, perancangan akademik serta jangkaan prestasi pelajar selari dengan aspirasi pendidikan MARA.
Program Town Hall EliteBound ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memastikan pelaksanaan Program EliteBound dilaksanakan secara tersusun dan berimpak tinggi, selain meningkatkan kefahaman, motivasi dan aspirasi pelajar terhadap peluang pendidikan global. Usaha ini diharap dapat menyumbang kepada pembentukan pelajar elit MARA yang berdaya saing, berdisiplin dan berpemikiran strategik.



