๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ข๐จ ๐ฅ๐ ๐ฏ๐ต.๐ฑ ๐๐จ๐ง๐ ๐๐ ๐๐ข๐ข๐๐๐ซ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
TOKYO, 10 Mac 2026 – Penyertaan usahawan program Gate To Global (GTG) Majlis Amanah Rakyat (MARA) di FOODEX Japan 2026 membuahkan hasil apabila tiga memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan potensi jualan keseluruhan bernilai RM39.5 juta.
Majlis pertukaran MoU itu disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sempena lawatan beliau ke pavilion usahawan MARA di Tokyo Big Sight yang menjadi lokasi penganjuran pameran makanan dan minuman antarabangsa tersebut bermula 10 hingga 13 Mac.
MoU pertama melibatkan Joeyees Trading Sdn. Bhd. dengan pengedar Jepun, Kowari Orchard Inc dengan potensi jualan RM4.5 juta. Sementara itu, Aducktive Food Sdn. Bhd. memeterai dua lagi kerjasama strategik iaitu bersama syarikat pengedar Korea Selatan, Q And Life Seoul Korea bernilai RM25 juta serta Kowari Orchard Inc dengan potensi jualan RM10 juta.
Nilai MoU ini mencerminkan keyakinan rakan dagang antarabangsa terhadap produk makanan dan minuman keluaran usahawan Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran global.
Pada penyertaan kali ini, MARA membawa 10 usahawan tempatan dengan lebih 80 produk (SKU) untuk dipamerkan kepada pembeli dan pengedar antarabangsa, sekali gus membuka peluang memperluaskan pasaran eksport khususnya Asia.
Turut hadir, Puan Mimi Mazlin Mohamed Yusof, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik Mohd Zul Faisal Mohamed Zain, Pengarah MARA Korea Selatan dan Puan Nur Zaliza Mohd Nor, Timbalan Pengarah Pembangunan MARA Negeri Terengganu.
Oleh: shafiz hamzah



