π£ππ₯π§ππ π¨ππ‘ π ππ₯π-π’ππ¦ππ π§ππ‘π§π¨πππ‘ ππππ π§π¨ππ¨ π£ππ‘πππππππ‘ ππ πππ£π¨π‘
KUALA LUMPUR, 2 MEI 2026 β Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Ir. Dr. Mahzan bin Teh, telah mengadakan perbincangan strategik mengenai program pembangunan pendidikan bersama Mr. Yasuaki Nagaishi, Timbalan Presiden Eksekutif OISCA Internasional.
Fokus utama pertemuan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang teknikal dan vokasional, serta menyelaraskan hala tuju pendidikan bagi pelajar MARA yang menyambung pengajian di Jepun.
MARA kekal komited untuk meneroka lebih banyak ruang kerjasama antarabangsa bagi memperkukuh jaringan global dalam bidang pendidikan demi kecemerlangan pendidikan TVET negara.
Oleh: suhaimi



