ππ’ππππ’π₯ππ¦π π₯ππππ‘ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π πππ§π¨π¦ π²π¬ πππ₯πππ¦ππ π π¦π§π₯ππ§ππππ π ππ₯π
KUALA LUMPUR, 4 Mei 2026 β Kolaborasi erat antara MARA dan rakan industri terus membuahkan hasil apabila lebih 60 kerjasama strategik berjaya direalisasikan, membuka lebih banyak peluang pembangunan bakat, keusahawanan serta mobiliti ekonomi kepada masyarakat Bumiputera dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperluas jaringan kolaborasi bersama sektor awam dan swasta, sekali gus memperkukuh ekosistem pembangunan Bumiputera yang lebih menyeluruh dan berdaya tahan.
Usaha ini dizahirkan menerusi penganjuran program Malam Gala Persada yang berlangsung malam tadi, disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang; Ketua Pengarah MARA, Zulfikri Osman serta Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki.
Dalam majlis tersebut, MARA secara ringkas mengiktiraf rakan-rakan industri utama termasuk MISC Berhad, Entrepreneurship Development Institute of India (EDII), Gading Kencana, Muafakat MARA Malaysia, OISCA International serta Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) atas sumbangan signifikan dalam menyokong agenda pembangunan MARA.
Dato’ Seri Ahmad Zahid dalam ucapannya menegaskan bahawa kerjasama erat antara MARA dan rakan industri perlu diteruskan sebagai pemangkin utama dalam memperluas peluang pembangunan Bumiputera untuk tempoh 40 tahun akan datang, khususnya dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Persada MARA kepada rakan strategik yang telah menyumbang kepada kejayaan MARA sepanjang enam dekad, selain pengiktirafan khas kepada tokoh alumni yang memberi impak besar dalam ekosistem pendidikan dan pembangunan negara.
Selain itu, Anugerah Amanah Rakyat disampaikan kepada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) atas kerjasama konsisten merentasi pelbagai inisiatif strategik termasuk pembangunan usahawan, pendidikan dan mobiliti bakat.
Penganjuran Malam Gala Persada ini menjadi simbol penghargaan kepada semua rakan kolaborasi yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan MARA, sekali gus mengukuhkan usaha berterusan dalam memacu pembangunan Bumiputera secara inklusif dan mampan.
Oleh: hamli


