๐—•๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฒ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”

mara

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2026 โ€“ Perkongsian pengalaman dunia sebenar dalam membina kepimpinan dan keusahawanan menjadi fokus utama sesi Bless Talk, yang memberi nilai tambah kepada peserta khususnya usahawan dan generasi muda dalam memahami cabaran serta peluang dalam ekosistem perniagaan semasa.

Sesi ini menampilkan panel usahawan dan selebriti, Fouziah Gous, yang berkongsi perjalanan membangunkan jenama FG Walet Birdโ€™s Nest dan FG Food, termasuk pendekatan membina kepercayaan pasaran serta kelestarian perniagaan.

Perbincangan turut dipandu oleh Timbalan Ketua Pengarah, Encik Zahari Aziz yang mengupas dimensi kepimpinan dalam membentuk usahawan berdaya tahan.

Perkongsian yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu memberi penekanan kepada aspek disiplin, strategi jenama serta keupayaan menyesuaikan diri dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah, sejajar dengan aspirasi melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang kompetitif.

Oleh: hamli