๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ.๐Ÿฎ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐——๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—•๐—ข๐—ก

mara

Kuala Lumpur, 4 Mei 2026 โ€“ MARA Corporation Sdn Bhd menjana pelaburan strategik bernilai RM2.2 bilion melalui pembangunan hartanah berimpak tinggi dan penerokaan kredit karbon patuh Syariah, sekali gus memperkukuh peranan sebagai pemacu pelaburan berimpak kepada ekonomi dan rakyat.

Inisiatif kredit karbon melibatkan kawasan melebihi 200,000 hektar dengan potensi hasil sehingga RM450 juta menjelang 2030, disokong pelaksanaan projek hartanah strategik di lokasi utama. Usaha ini turut diperkasa melalui peluncuran PMB Shariah Fixed Price Income Wholesale Fund, pembangunan ekosistem Wakaf MARA MADANI serta pelaksanaan sistem ERP bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan operasi.

Sidang Media Khas Pelaburan MARA ini telah dibentangkan hari ini oleh Ketua Pengarah MARA merangkap Pengerusi MARA Corpotion serta turut dihadiri Pengarah Kanan Pelaburan, Dr Azmi Amat Murjan serta barisan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat dan subsdiari di bawah MARA Corporation.

Oleh: hamli