๐๐ข๐ก๐ฆ๐จ๐๐ง๐๐ฆ๐ ๐๐ช๐๐ ๐ฅ๐จ๐จ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐จ๐ ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 โ Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini telah mengadakan Sesi Konsultasi Awam Rang Undang-Undang (RUU) MARA 2026 bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan terhadap cadangan penggubalan akta baharu MARA.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA dan turut dihadiri Datoโ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA serta Tan Sri Muhammad Ibrahim, Ahli Majlis MARA bersama barisan pengurusan tertinggi MARA, wakil kementerian, ketua-ketua editor media serta badan bukan kerajaan (NGO).
Penganjuran sesi konsultasi ini menjadi platform penting dalam memastikan RUU MARA 2026 dirangka secara inklusif, relevan dan selari dengan keperluan semasa rakyat khususnya dalam agenda pembangunan pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi Bumiputera.
Melalui sesi ini, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikongsikan oleh peserta yang hadir dalam usaha memperkemas kandungan RUU agar lebih menyeluruh, progresif dan berupaya mendepani cabaran masa hadapan demi kepentingan masyarakat Bumiputera dan pembangunan negara.
Oleh: shafiz hamzah



