๐ ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ง
Kuala Lumpur, 15 Mei 2026 โ Program Sesi Santai Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA bersama pelajar A-Level Fast Track (ALFT) Kolej MARA Seremban di Ibu Pejabat MARA yang dianjurkan pada hari ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi memberi penerangan menyeluruh berkaitan hala tuju akademik, peluang pendidikan, pembiayaan serta prospek pengajian ke institusi pengajian tinggi antarabangsa kepada para pelajar.
Sesi tersebut turut memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama Pengurusan Tertinggi MARA berhubung dasar pendidikan, pengurusan akademik serta cabaran dan harapan sepanjang mengikuti Program A-Level Fast Track. Dalam ucapannya, Ir. Dr. Mahzan menzahirkan keyakinan terhadap potensi pelajar ALFT untuk melakar kecemerlangan di peringkat antarabangsa melalui komitmen dan disiplin yang tinggi dalam bidang akademik.
Program turut diserikan dengan sesi penyerahan surat tawaran kepada pelajar sebagai simbol rasmi kemasukan ke Program A-Level Fast Track di bawah inisiatif EliteBound MARA. Selain meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar, program ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam melahirkan generasi pelajar cemerlang yang berdaya saing di peringkat global.
Oleh: firusafira


