𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗔𝗟𝗙𝗧

mara

Kuala Lumpur, 15 Mei 2026 – Program Sesi Santai Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA bersama pelajar A-Level Fast Track (ALFT) Kolej MARA Seremban di Ibu Pejabat MARA yang dianjurkan pada hari ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi memberi penerangan menyeluruh berkaitan hala tuju akademik, peluang pendidikan, pembiayaan serta prospek pengajian ke institusi pengajian tinggi antarabangsa kepada para pelajar.

Sesi tersebut turut memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama Pengurusan Tertinggi MARA berhubung dasar pendidikan, pengurusan akademik serta cabaran dan harapan sepanjang mengikuti Program A-Level Fast Track. Dalam ucapannya, Ir. Dr. Mahzan menzahirkan keyakinan terhadap potensi pelajar ALFT untuk melakar kecemerlangan di peringkat antarabangsa melalui komitmen dan disiplin yang tinggi dalam bidang akademik.

Program turut diserikan dengan sesi penyerahan surat tawaran kepada pelajar sebagai simbol rasmi kemasukan ke Program A-Level Fast Track di bawah inisiatif EliteBound MARA. Selain meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar, program ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam melahirkan generasi pelajar cemerlang yang berdaya saing di peringkat global.

Oleh: firusafira