๐๐๐ฅ๐ข๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ & ๐ข๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฌ ๐จ๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ข๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข๐๐ก๐๐๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2026 โ Keperluan industri aeroangkasa negara terhadap tenaga kerja mahir, kompeten dan bersedia memenuhi piawaian global terus diberi perhatian menerusi pengukuhan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan pemain industri penerbangan.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, malah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan ekosistem TVET negara dalam menyokong pertumbuhan sektor aeroangkasa dan penyelenggaraan pesawat (MRO).
Komitmen tersebut diterjemahkan menerusi penganjuran AeroCarnival & Open Day 2026 oleh Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology hari ini yang telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Pelaburan, Dr. Azmi Amat Murjan.
Program berkenaan menghimpunkan pemain utama industri penerbangan, MRO dan teknologi aeroangkasa bagi memperkukuh kolaborasi akademia-industri dalam usaha memperkasa bidang TVET dan STEM serta meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan dalam sektor strategik negara.
Antara pengisian utama ialah sesi penyerahan Letter of Intent (LOI) antara UniKL MIAT bersama Batik Air dan Galaxy Aerospace yang membuka lebih banyak peluang latihan industri, pensijilan profesional dan laluan kerjaya kepada pelajar dalam bidang aeroangkasa dan penyelenggaraan pesawat.
Kerjasama strategik ini turut mencerminkan keyakinan industri terhadap kualiti bakat yang dilahirkan oleh UniKL MIAT dalam memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi sejajar dengan perkembangan industri aeroangkasa global yang semakin kompetitif.
Majlis turut menyaksikan peluncuran program AEROFLYTE (Future Leaders Youth Technical Empowerment) hasil kerjasama antara UniKL MIAT dan GE Aerospace bagi menyemarakkan minat generasi muda terhadap STEM dan teknologi aeroangkasa sejak di bangku sekolah.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Majlis Amanah Rakyat dalam memperkasa agenda pembangunan modal insan negara menerusi pendidikan teknikal dan profesional yang relevan dengan kehendak industri serta mampu menyokong pertumbuhan pelaburan berimpak tinggi negara.
Oleh: hamli



