π—¦π—˜π— π—”π—‘π—šπ—”π—§ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯𝗔𝗦 π—žπ—˜π—π—”π—¬π—”π—”π—‘ π—žπ—”π—₯π—‘π—œπ—©π—”π—Ÿ 𝟲𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗠𝗔π—₯𝗔

mara

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Seramai hampir 500 petugas yang terlibat dalam menjayakan Karnival 60 Tahun MARA diraikan dalam Majlis Apresiasi Karnival 60 Tahun MARA yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, petang tadi sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pengorbanan mereka sepanjang penganjuran sambutan tersebut.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA dan turut dihadiri Dato’ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA bersama barisan pengurusan MARA, ketua pegawai eksekutif subsidiari serta para petugas Karnival 60 Tahun MARA yang diraikan.

Dalam ucapannya, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas atas komitmen dan semangat kerja berpasukan yang dipamerkan dalam memastikan kelancaran penganjuran Karnival 60 Tahun MARA.

Majlis apresiasi ini turut menjadi simbol penghargaan MARA kepada petugas di pelbagai peringkat yang telah menyumbang kepada kejayaan sambutan enam dekad institusi itu, sekali gus menyemarakkan semangat warga kerja untuk terus melaksanakan amanah kepada masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan sambutan ringkas ulang tahun kelahiran Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang diraikan warga MARA bersempena hari kelahiran beliau yang jatuh pada 14 Mei, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga organisasi.

Penganjuran majlis ini mencerminkan semangat Sambutan 60 Tahun MARA yang bukan sahaja meraikan legasi pencapaian institusi, malah menghargai individu di sebalik kejayaan yang terus menggerakkan peranan MARA demi pembangunan Bumiputera.

Oleh: shafiz hamzah