๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ

mara

KUALA KRAI, 16 Mei โ€“ Seramai kira-kira 200 usahawan wanita sekitar Parlimen Kuala Krai menyertai Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA 2026 Parlimen Kuala Krai yang berlangsung di Dewan KESEDAR, KESEDAR Wilayah Kuala Krai, hari ini.

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti usahawan wanita menerusi perkongsian maklumat berkaitan pendidikan, keusahawanan dan kemudahan yang disediakan oleh MARA.

Melibatkan penyertaan usahawan wanita dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong, program ini turut memberi pendedahan mengenai latihan keusahawanan, kemudahan premis perniagaan, pembiayaan serta kepentingan pendigitalan dalam memperluas pasaran dan meningkatkan daya saing perniagaan.

Peserta turut mengikuti sesi perkongsian bersama agensi strategik serta Bicara Inspirasi bersama Puan Siti Farisya Mohd Faiz, Pengarah Urusan Farisya Boutique.

YB Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis MARA telah menyempurnakan perasmian program, selain menyampaikan mock cheque dan sijil kepada penerima melibatkan bantuan pembiayaan, bantuan persekolahan kepada pelajar asnaf dan B40 serta peserta Kursus Canva @ NADI Guchil.

Turut hadir, Datin Hajah Suziani Adlina Sukri, Pengerusi Kelab Wanita Prihatin Kuala Krai (PEWARIS) serta Encik Zahrail Affenday Mohamed, Pengarah MARA Negeri Kelantan.

Seusai program, YB Senator Datuk Rosni Sohar turut meneruskan inisiatif MARA Prihatin menerusi lawatan kebajikan ke Kg. Pahi serta ziarah pesakit di Hospital Kuala Krai. Pendekatan ini mencerminkan keprihatinan berterusan MARA terhadap kesejahteraan masyarakat setempat, khususnya golongan yang memerlukan.

Penganjuran program ini mencerminkan iltizam berterusan MARA dalam memperluas peluang pembangunan usahawan wanita Bumiputera, bersempena sambutan 60 Tahun MARA yang terus memberi fokus kepada pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi PuTERA35 dalam mempertingkat penyertaan Bumiputera, khususnya wanita, dalam ekosistem ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.

Oleh: shafiz hamzah