๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฌ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง, ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐ง๐๐ข๐ฅ๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก
PADANG BESAR, 17 Mei 2026 โ Seramai 200 keluarga di sekitar Parlimen Padang Besar bakal menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) bernilai RM100,000 di bawah inisiatif MARA Prihatin, sekali gus menjadikan program ini sebagai platform bersepadu yang menghimpunkan bantuan pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara terus kepada rakyat.
Program berskala besar itu turut menyediakan pelbagai pengisian komuniti termasuk pameran pendidikan, pemeriksaan kesihatan, bantuan persekolahan, food truck, seminar keibubapaan serta khidmat percuma kepada masyarakat setempat.
Program tersebut telah dirasmikan semalam oleh Ketua Pengarah MARA, Datoโ Zulfikri bin Osman dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah RISDA, Tuan Haji Ruzaimi bin Rais, selain pemimpin masyarakat, agensi kerajaan, pelajar, ibu bapa, usahawan tempatan serta komuniti sekitar Padang Besar.
MARA Prihatin merupakan inisiatif bersepadu MARA yang dilaksanakan bagi memperkasa agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera melalui pendekatan pendidikan, keusahawanan, TVET dan kesejahteraan komuniti. Program ini menghimpunkan pelbagai inisiatif utama MARA termasuk bantuan pendidikan, program TVET komuniti, penyerahan CSR syarikat berkaitan MARA serta lawatan kebajikan ke rumah asnaf dalam satu platform yang memberi impak terus kepada masyarakat.
Antara pengisian utama program ialah pelaksanaan latihan TVET Komuniti, TVET Masjid dan TVET Tahfiz yang melibatkan penyertaan seramai 120 peserta menerusi kursus kemahiran seperti penyelenggaraan penyaman udara, gunting rambut, gubahan bunga dan kulinari.
Selain itu, MARA turut memperkukuh agenda mobiliti sosial luar bandar melalui bantuan kecemerlangan SPM, bantuan persekolahan โBack To Schoolโ, pameran pendidikan IPMA dan pelbagai saluran maklumat pendidikan bagi membantu pelajar serta keluarga B40 mendapatkan akses pendidikan dan hala tuju masa depan yang lebih baik.
Turut menjadi tumpuan ialah lawatan Ketua Pengarah MARA ke rumah asnaf sekitar Padang Besar bagi menyampaikan bantuan foodbox serta meninjau sendiri keadaan kediaman penerima manfaat yang terlibat dalam inisiatif bantuan komuniti MARA Prihatin.
Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) yang melibatkan 200 rumah di lima DUN sekitar Padang Besar turut menjadi antara pengisian utama program menerusi usaha meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan kediaman keluarga B40 dan asnaf.
Selain itu, program ini turut menampilkan pelaksanaan TVET Komuniti, TVET Masjid dan TVET Tahfiz yang membuka peluang latihan kemahiran kepada masyarakat setempat melalui kursus seperti penyelenggaraan penyaman udara, gunting rambut, gubahan bunga dan kulinari.
Suasana program turut dimeriahkan dengan kenduri sekampung, walkabout reruai pameran bersama komuniti serta pelbagai pengisian mesra rakyat termasuk penukaran minyak hitam percuma dan gunting rambut percuma kepada pelajar sekolah rendah.
Oleh: hamli



