π£ππ‘ππ¨π₯π¨π¦ππ‘ π ππ₯π πππ₯πππ πππ¦π π ππ‘π§ππ‘ πππ§π¨π π¦ππ§πππ¨π¦πππ ππππͺ
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2026 β Pengurusan MARA menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta sumbangan Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang telah menamatkan perkhidmatan beliau selepas bersara wajib pada 2 Mei 2026.
Penghargaan tersebut dizahirkan menerusi satu majlis perpisahan ringkas yang diadakan sempena Majlis Apresiasi Bersama Mantan Ketua Setiausaha KKDW sebagai tanda menghargai komitmen, kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang menerajui kementerian dalam memperkasa agenda pembangunan luar bandar serta institusi di bawah KKDW.
Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman bersama barisan pengurusan tertinggi dan pengurusan MARA turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Muhd Khair Razman dalam majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghormatan malam tadi.
Majlis tersebut menjadi simbol penghargaan MARA terhadap khidmat bakti serta komitmen beliau sepanjang perkhidmatan dalam sektor awam, khususnya dalam memacu pelbagai agenda pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Oleh: hamli



