๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š

gerik

GERIK, 20 Jun โ€“ Gerik Lokal Fest 2026 anjuran MARA Negeri Perak yang berlangsung semalam di Dataran Hentian Bas Gerik berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Salbiah Mohamed, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak yang turut meluangkan masa meninjau pelbagai aktiviti dan pameran yang disediakan sepanjang festival berlangsung.

Cetusan idea Pengerusi MARA, Gerik Lokal Fest 2026 diwujudkan sebagai platform untuk mendekatkan masyarakat dengan pelbagai peluang yang ditawarkan MARA dalam bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.

Program ini turut membuka ruang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara terus mengenai inisiatif yang disediakan bagi membantu pembangunan modal insan dan ekonomi Bumiputera.

Dalam ucapannya, YB Datoโ€™ Salbiah Mohamed berkata Gerik Lokal Fest menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat setempat melalui aktiviti yang bermanfaat di samping membuka ruang kepada golongan muda meneroka peluang pendidikan, peningkatan kemahiran dan pembangunan kerjaya.

Beliau turut menyeru belia agar memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan MARA untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti jualan, pameran agensi, perkongsian maklumat serta pengisian yang menyasarkan golongan belia dan komuniti setempat telah diadakan.

Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperluas peluang pembangunan masyarakat dan menyemarakkan sambutan 60 Tahun MARA yang terus memberi manfaat kepada generasi Bumiputera di seluruh negara. – Shafiz Hamzah

Oleh: shafiz hamzah