π ππ₯π π£ππ₯πππ¦π π¨π¦ππππͺππ‘ ππ¨π ππ£π¨π§ππ₯π π§ππ ππ¨π¦π π£ππ¦ππ₯ππ‘ ππ’π₯ππ π¦ππππ§ππ‘
SEOUL, 24 Jun 2026 – Seramai 10 usahawan Program Gate to Global (GTG) MARA memulakan misi memperkenalkan produk Bumiputera ke pasaran Korea Selatan menerusi penyertaan dalam Korea Import Expo (KIE) 2026 yang berlangsung di Coex, Seoul bermula semalam.
Delegasi MARA kali ini menampilkan syarikat daripada pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, produk kesihatan serta produk pengguna yang berpotensi tinggi untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Antara syarikat yang menyertai KIE 2026 ialah Jalen Sdn Bhd, Tokku Leko Sdn Bhd, Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Hijrah Nature Herbs (M) Sdn Bhd, Chocsvalley Chocolate Sdn Bhd, Najeehah International Sdn Bhd, Pisango Sdn Bhd, NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, Camaria Global Sdn Bhd dan Biofitrah (M) Sdn Bhd.
Penyertaan ini memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk masing-masing kepada pengimport, pengedar dan pembeli utama dari Korea Selatan serta negara-negara lain yang menghadiri pameran tersebut.
Bagi menyokong penyertaan usahawan, MARA turut menghantar pegawai pengiring iaitu Encik Mohd Farris Radzuan, Pengarah MARA Negeri Terrengganu dan Encik Mohd Zul Faisal Mohamed Zain, Pengarah MARA Korea.
MARA yakin platform antarabangsa seperti KIE mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan eksport usahawan Bumiputera dan membuka lebih banyak peluang perniagaan baharu di pasaran global.
Oleh: hamli



