π£π₯π’ππ₯ππ π£ππ ππ₯πππ¦πππ‘ πͺππ‘ππ§π πππ‘ ππ’π π¨π‘ππ§π π ππ₯π πππ‘π§π¨ π£ππ₯πππ¦π π¨π¦ππππͺππ‘ πππ‘ ππ’π π¨π‘ππ§π ππ πππ§π¨ π£ππππ§
BATU PAHAT, 3 Julai 2026 β Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA (PPWK) 2026 terus diperluaskan ke seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang dan kemudahan yang disediakan MARA dalam bidang keusahawanan dan pendidikan.
Siri program yang berlangsung di Rumah Sutera Event Space, Batu Pahat hari ini menghimpunkan kira-kira 200 peserta terdiri daripada usahawan, bakal usahawan, ibu bapa serta komuniti setempat.
Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA yang terus menzahirkan komitmen MARA dalam memastikan lebih ramai masyarakat mendapat akses kepada peluang keusahawanan, pembiayaan dan pendidikan yang disediakan.
Turut hadir YBhg. Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis MARA serta YBrs. Puan Haliza Abdullah, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Melalui program ini, peserta didedahkan kepada pelbagai kemudahan dan inisiatif MARA yang merangkumi aspek keusahawanan, pembangunan perniagaan serta peluang pendidikan bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat.
Dalam program sama, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut menyampaikan Bantuan Persekolahan berjumlah RM5,000 kepada 50 penerima sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan. Selain itu, GIATMARA turut melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi perkhidmatan pertukaran minyak hitam kepada komuniti setempat.
Program ini turut menyediakan platform kepada enam usahawan wanita dari Johor untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung. Pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), KWSP, Bank Rakyat, TVETMARA Sri Gading dan GIATMARA Batu Pahat turut membuka reruai pameran bagi memberikan penerangan mengenai perkhidmatan serta peluang yang ditawarkan kepada masyarakat.
Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, penganjuran PPWK 2026 mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam mendekati masyarakat melalui penyampaian maklumat, bantuan serta peluang pembangunan yang lebih menyeluruh.
Inisiatif ini turut membuka ruang kepada komuniti setempat untuk meneroka pelbagai kemudahan MARA yang mampu membantu meningkatkan potensi diri, keluarga dan perniagaan.
Oleh: shafiz hamzah



