๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ง ๐๐ ๐๐จ๐๐๐
KULAI, 4 Julai 2026 โ Seramai 300 usahawan wanita sekitar Parlimen Kulai menyertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 yang berlangsung di Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Batu, Johor.
Program ini dianjurkan bagi memperluaskan akses kepada peluang pendidikan, pembangunan keusahawanan dan pelbagai inisiatif MARA yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi wanita serta komuniti setempat.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA yang turut menyampaikan kemudahan pembiayaan MARA kepada empat usahawan bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.
Pada majlis yang sama, sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berjumlah RM5,000 turut disampaikan kepada 50 pelajar daripada keluarga B40 sekitar Parlimen Kulai bagi meringankan beban kewangan keluarga serta menyokong keperluan pendidikan mereka.
Puan Hajah Nurul Nadia Ab Azis, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kulai dalam ucapan aluannya berkata, penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan bukan sahaja berupaya menjana pendapatan keluarga malah menjadi antara pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara agensi dan komuniti dalam membuka lebih banyak peluang pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Turut hadir ialah Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis MARA serta Encik Mohd Amran Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I, Yayasan Pelajaran MARA.
Program ini mencerminkan usaha berterusan MARA dalam memperluaskan manfaat pendidikan, pembangunan keusahawanan dan pembangunan komuniti kepada masyarakat. Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai inisiatif berimpak tinggi terus dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing Bumiputera, memperluas peluang ekonomi dan menyumbang kepada kesejahteraan sosioekonomi negara.
Oleh: shafiz hamzah



