MTEC JELAPANG BERPOTENSI JADI PEMACU EKOSISTEM KENDERAAN KOMERSIAL

mara

JELAPANG, PERAK, 6 Oktober 2026 – Pusat Keemerlangan Pengangkutan MARA (MARA Transport Excellent Centre – MTEC) Jelapang berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam menyokong pembangunan ekosistem kenderaan komersial, khususnya menerusi penyediaan kemudahan, kepakaran teknikal dan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri.

Potensi tersebut diberi perhatian dalam sesi tinjauan YBhg. Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, ke MTEC Jelapang bagi menilai kesiapsiagaan fasiliti serta mengenal pasti keperluan pengoperasian secara berfasa.

MTEC Jelapang berupaya menyokong bidang pembinaan badan kenderaan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan, pembangunan vendor serta latihan dan peningkatan kemahiran teknikal. Peranan ini membuka ruang untuk kemudahan berkenaan dihubungkan dengan keperluan sebenar industri, termasuk peluang membangunkan bakat teknikal yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan pasaran.

Oleh: shafiz hamzah