SUDUT ISRA UniKL CETUS GENERASI PAKAR KEWANGAN ISLAM
KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2026 – Universiti Kuala Lumpur Business School (UniKL Business School) telah merasmikan Sudut Kewangan Islam (Sudut ISRA) bagi mewujudkan platform khusus untuk memperkukuh pendidikan kewangan Islam, menggalakkan penglibatan penyelidikan, serta memupuk kerjasama antara pihak akademik dan industri.
Sudut ISRA adalah inisiatif bersama CIMB Islamic Bank Berhad, Universiti INCEIF, dan KL Business School, serta ditaja oleh CIMB Islamic Bank Berhad.
Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Perpustakaan UniKL Business School, Aras 4, Quill City Mall.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh En. Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif UniKL dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Azmi Omar, Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Universiti INCEIF.
Acara kemudian disusuli dengan penyampaian ucapan oleh En. Rahmatullah Dahrawi Edrus, Pengarah Perbankan Komersial Islam di CIMB Islamic Bank Berhad sebelum Sudut ISRA dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Ibrahim, Ahli Majlis MARA melalui tayangan video pendek dan upacara memotong riben.
Kemuncak majlis tersebut adalah sesi perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Muhammad yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, yang bertajuk “Kewangan Islam: Ke Mana Kita Melangkah Selepas Ini?” (Islamic Finance: Where Do We Move from Here?).
Beliau mengimbas semula kemajuan selama empat dekad dalam kewangan Islam, termasuk institusi, instrumen, dan rangka kerja pengawalseliaan yang dibangunkan sejak penubuhan Bank Islam pada tahun 1983.
Beliau menyatakan bahawa fasa seterusnya harus memberi tumpuan kepada penghubungan pasaran merentas sempadan, menggerakkan modal dengan cekap, dan memperkukuh sumbangan industri kepada ekonomi sebenar.
Beliau mengenal pasti pemecahan pasaran (market fragmentation), yang timbul daripada perbezaan dalam peraturan, dokumentasi, tafsiran Syariah, percukaian, and penyelesaian, sebagai cabaran utama.
Beliau menyeru agar kerjasama merentas sempadan yang praktikal dilaksanakan, kebolehoperasian sukuk yang lebih besar, dan tadbir urus Syariah yang konsisten tanpa menjejaskan integriti.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Naib Canselor UniKL, Prof. Dr. Kushsairy Abdul Kadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Perusahaan), Prof. Ir. Dr. Azmi Hassan, dan Dekan UniKL Business School, Dr. Azizan Mohamed Isa.
Turut hadir adalah barisan pengurusan CIMB Islamic Bank Berhad dan Universiti INCEIF bersama-sama pengarah, timbalan dekan, kakitangan, dan pelajar UniKL Business School.
Sudut ISRA akan memberikan pelajar dan fakulti akses kepada sumber kewangan Islam, perspektif pakar, dan pandangan industri. la juga menyediakan platform berstruktur untuk aktiviti akademik bersama, sesi perkongsian pakar, penyelidikan gunaan, pengayaan kurikulum, and pendedahan industri.
Inisiatif ini menyokong matlamat UniKL Business School untuk melahirkan graduan yang menggabungkan pengetahuan kewangan yang kukuh dengan keekapan profesional, kesedaran etika, and pemahaman tentang prinsip-prinsip Syariah.
Oleh: nn



