Entries by Muhammad Rabbani Abdul Aziz

Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Selama 3 Bulan

Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan perkembangan terkini isu COVID-19, MARA menambah baik insentif penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran yang telah diumumkan sebelum ini atas dasar prihatin kepada semua. Pelanggan MARA layak mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA secara automatik tanpa perlu membuat permohonan dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran balik melebihi tiga […]

Pemakluman Penangguhan Student Assessment Centre (SAC) Bagi Program Khas JPA MARA

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bagi mengurangkan kes akibat ancaman wabak COVID-19, program Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada 6 hingga 10 April 2020 telah DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian. Mohon semua pelajar yang berkaitan menyemak portal MARA dari semasa ke semasa untuk pengumuman terkini.