Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Tujuan
- Kemudahan pembiayaan perniagaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera
- Menyediakan akses kepada pembiayaan bank untuk membantu menjayakan program pembangunan usahawan Groom Big
- Menyediakan kemudahan jaminan korporat kepada usahawan Bumiputera dalam bidang pembinaan, pembekalan, peruncitan dan perkhidmatan
- Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan bank panel iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Bank Rakyat dan Exim Bank Malaysia
Syarat-Syarat Asas dan Khusus
Syarat-syarat Asas
- Syarikat Bumiputera berstatus Sdn. Bhd
- Telah beroperasi sekurang -kurangnya dua (2) tahun
- Mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi dua (2) tahun terkini
- Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada jumlah kemudahan bank
- Perniagaan Bumiputera berstatus perkongsian dan milikan tunggal
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun
- Mempunyai Penyata Kewangan sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi dua (2) tahun terkini
- Mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini
- Mempunyai rekod jualan minimum RM500,000 setahun
- Status carian kredit syarikat adalah memuaskan
- Perniagaan patuh Syariah
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Panel
Skop Pembiayaan
- Modal Pusingan/kerja
- Pembelian Aset
- Pembiayaan Projek/Kontrak
Had Pembiayaan
RM2,000,000.00
Tempoh Pembiayaan
Tempoh Jaminan sehingga 15 Tahun
Jaminan atau Cagaran
- Bank
Tertakluk kepada syarat-syarat bank
- MARA
- Pembiayaan kepada syarikat berstatus Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
- Yuran jaminan dikenakan oleh MARA kepada usahawan sebanyak 1% setahun daripada jumlah jaminan
Kadar Keuntungan
BFR + 0% hingga 1%
Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Notis Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 3 Disember 2024 pada 16:07:41
Ulasan Terkini