๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—ก๐—”๐—™

mara

KUALA LUMPUR, 15 April 2026 โ€” Tabung Amanah Zakat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terus memainkan peranan signifikan dalam membantu kebajikan pelajar apabila sebanyak RM144,400 telah diagihkan kepada 140 penerima asnaf melibatkan kategori fakir, miskin dan mualaf bagi tahun 2026.

Tabung yang ditubuhkan sejak 20 April 2016 ini beroperasi sebagai Penolong Amil bertauliah di bawah Lembaga Zakat Selangor, dengan pengurusan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus UniKL BMI bersama kampus lain iaitu UniKL MFI, UniKL MESTECH dan UniKL MIAT.

Agihan yang disalurkan merangkumi bantuan duit raya dan sara hidup kepada pelajar ambilan Januari dan Februari 2026, dengan setiap asnaf fakir menerima RM150 duit raya dan RM1,000 sara hidup, manakala asnaf miskin menerima RM150 duit raya dan RM800 sara hidup.

Secara keseluruhan, seramai 57 pelajar fakir, 81 pelajar miskin dan dua pelajar mualaf telah menerima manfaat bantuan ini, sekali gus meringankan beban kewangan mereka dalam meneruskan pengajian. Selain itu, prestasi kutipan zakat UniKL menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan jumlah keseluruhan RM7.56 juta bagi tempoh 2017 hingga 2025, sekali gus meletakkan UniKL di tangga kelapan terbaik daripada 17 IPTA dan IPTS di Selangor bagi prestasi kutipan kaunter tahun 2025.

Menurut Dr. Azmi bin Amat Murjan, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terpelihara. โ€œAgihan zakat ini bukan sahaja membantu dari sudut kewangan, malah memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik dan kehidupan,โ€ katanya.

Majlis turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UniKL serta wakil jawatankuasa zakat kampus yang bersama-sama menyaksikan penyerahan bantuan kepada para penerima.

Oleh: firusafira

๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ ๐— ๐—ข๐—จ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐——๐—œ ๐—™๐—ข๐—ข๐——๐—˜๐—ซ ๐—๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

MARA

TOKYO, 10 Mac 2026 – Penyertaan usahawan program Gate To Global (GTG) Majlis Amanah Rakyat (MARA) di FOODEX Japan 2026 membuahkan hasil apabila tiga memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan potensi jualan keseluruhan bernilai RM39.5 juta.

Majlis pertukaran MoU itu disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sempena lawatan beliau ke pavilion usahawan MARA di Tokyo Big Sight yang menjadi lokasi penganjuran pameran makanan dan minuman antarabangsa tersebut bermula 10 hingga 13 Mac.

MoU pertama melibatkan Joeyees Trading Sdn. Bhd. dengan pengedar Jepun, Kowari Orchard Inc dengan potensi jualan RM4.5 juta. Sementara itu, Aducktive Food Sdn. Bhd. memeterai dua lagi kerjasama strategik iaitu bersama syarikat pengedar Korea Selatan, Q And Life Seoul Korea bernilai RM25 juta serta Kowari Orchard Inc dengan potensi jualan RM10 juta.

Nilai MoU ini mencerminkan keyakinan rakan dagang antarabangsa terhadap produk makanan dan minuman keluaran usahawan Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran global.

Pada penyertaan kali ini, MARA membawa 10 usahawan tempatan dengan lebih 80 produk (SKU) untuk dipamerkan kepada pembeli dan pengedar antarabangsa, sekali gus membuka peluang memperluaskan pasaran eksport khususnya Asia.

Turut hadir, Puan Mimi Mazlin Mohamed Yusof, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Encik Mohd Zul Faisal Mohamed Zain, Pengarah MARA Korea Selatan dan Puan Nur Zaliza Mohd Nor, Timbalan Pengarah Pembangunan MARA Negeri Terengganu.

Oleh: shafiz hamzah