๐๐จ๐ง๐จ๐ฅ๐ ๐๐จ๐๐๐๐ญ : ๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐-๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐
MELAKA, 14 Mei 2026 โ Usaha melahirkan generasi Huffaz Profesional yang bukan sahaja menguasai Al-Quran, malah memiliki kemahiran industri dan daya saing tinggi terus diperkasakan menerusi pendekatan pendidikan holistik oleh Majlis Amanah Rakyat dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.
Komitmen itu diterjemahkan menerusi Program Future Huffaz @KPM Bandar Melaka yang menghimpunkan seramai 53 pelajar Tingkatan 5 daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin 4 bagi memberi pendedahan mengenai laluan pendidikan TVET dan profesional yang mengintegrasikan akademik, teknologi serta hafazan Al-Quran.
Menerusi sesi taklimat yang diadakan, para pelajar diperkenalkan dengan ekosistem pendidikan di KPM Bandar Melaka yang menawarkan program berteraskan industri dan pensijilan profesional seperti Diploma in Halal Industry bersama Certified Halal Executive Programme (CHEP) serta Sijil Perakuan Hafazan Bertahap.
Turut ditawarkan ialah program Diploma in Accounting bersama SAP S/4 HANA (Visual Business Analytic) serta Diploma in Accounting bersama Data Analytics yang turut digabungkan dengan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap bagi memastikan pelajar Huffaz mampu menyesuaikan diri dengan keperluan dunia pekerjaan dan cabaran ekonomi semasa.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi MARA dalam membina ekosistem pendidikan yang melahirkan generasi Al-Quran berkemahiran tinggi, kompeten serta mampu menjadi pemimpin masa depan yang seimbang dari aspek intelektual, profesional dan
sahsiah.
Oleh: hamli



