๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”โ€“๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก, ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ

mara

Kuala Lumpur, 7 April 2026 โ€“ MARA terus memperluas jaringan antarabangsa menerusi penganjuran MARAโ€“China Enterprises Chamber of Commerce in Malaysia (CECCM) Business Strategic Networking Session yang berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan kira-kira 150 peserta terdiri daripada pengurusan MARA, kepimpinan CECCM, usahawan MARA serta ahli perniagaan CECCM bagi meneroka peluang kerjasama strategik dan membina hubungan perniagaan jangka panjang.

Penganjuran ini selari dengan hubungan erat Malaysiaโ€“China yang membuka ruang kerjasama lebih luas dalam bidang keusahawanan, pelaburan, pembangunan industri serta pemindahan teknologi.

Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendekatan berpaksikan jaringan global penting bagi memastikan usahawan tempatan terus berdaya saing serta mampu menembusi pasaran antarabangsa.

โ€œPenglibatan di peringkat antarabangsa bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Platform seperti ini membuka ruang kepada usahawan MARA untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih berkesan,โ€ katanya.

Melalui program ini, MARA dan CECCM turut memberi fokus kepada pembinaan jaringan strategik, padanan perniagaan serta penerokaan peluang kolaborasi rentas industri yang mampu memberi manfaat bersama.

Inisiatif ini dijangka membuka akses pasaran lebih luas kepada usahawan tempatan, khususnya dalam menembusi pasaran China, di samping menyokong pembangunan sehingga 2,000 bakat berteknologi tinggi melalui kerjasama strategik yang dijalinkan.

Seiring agenda pengantarabangsaan, MARA terus mempergiat inisiatif Gate to Global (GTG) dalam membantu usahawan menembusi pasaran global melalui penyertaan dalam platform perdagangan antarabangsa.

MARA komited untuk terus memperluas akses pasaran global kepada usahawan tempatan, sekali gus melonjakkan keupayaan mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bersaing di pentas dunia.

Oleh: shafiz hamzah