๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ก๐๐ช๐๐ฅ ๐๐ข๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก๐๐, ๐ฅ๐๐ก๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2026 โ Pasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar mempamerkan aksi dominan apabila menundukkan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dengan keputusan besar 50-0 dalam perlawanan akhir sekali gus muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Ketua Pengarah MARA 2026 yang berlangsung semalam di Stadium Juara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
KPM Bandar Penawar jelas berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai permainan dari awal perlawanan dengan serangan agresif serta pertahanan mantap yang menyukarkan KPTM Bangi mencari ruang untuk bangkit. Dominasi itu akhirnya diterjemahkan dengan kemenangan bergaya sekali gus mengesahkan kejuaraan bagi edisi kali ini.
KPTM Bangi menamatkan kejohanan sebagai naib juara, manakala Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (B) berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama dalam kategori Cup.
Majlis Perasmian Penutupan kejohanan yang berlangsung pada semalam telah disempurnakan oleh Encik Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah MARA.
Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dan Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA dengan matlamat menjadikan ragbi sebagai salah satu sukan teras di Institut Pendidikan MARA (IPMa) melalui penganjuran Piala Ketua Pengarah MARA sebagai acara tahunan.
Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini melibatkan 10 pasukan daripada Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA, serta enam pasukan jemputan daripada institusi IPMa termasuk KKTM, IKM, GMI, KPTM dan MJII dengan setiap pasukan diwakili 18 orang pemain.
Selain menyaksikan persaingan sengit di padang, kejohanan ini turut menjadi platform penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum melalui penerapan nilai teras ragbi seperti respect, discipline, enjoyment, sportsmanship, integrity, passion dan solidarity dalam kalangan pelajar IPMa.
Oleh: hamli



