๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐ง๐ ๐๐ข๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
GEMENCHEH, 13 April 2026 โ Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gemencheh telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 bagi meraikan kejayaan Batch Al-Khawarizmi yang mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) 1.195, meningkat berbanding tahun sebelumnya. Seramai 150 pelajar menduduki peperiksaan tersebut, sekali gus mencerminkan pencapaian akademik yang konsisten dan membanggakan. Datoโ Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA dalam ucapannya berkata, โkejayaan ini membuktikan penggemblengan usaha secara kolektif telah mengangkat nama MRSM Gemencheh ke tahap yang lebih tinggi.โ
Kejayaan ini didorong oleh pendekatan pendidikan holistik yang merangkumi kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Pelajar turut mengharumkan nama maktab di peringkat antarabangsa melalui pencapaian dalam International Robotics Olympiad di Korea Selatan dengan meraih pingat perak, selain menunjukkan penglibatan aktif dalam pelbagai program pembentukan jati diri.
Dalam aspek sahsiah dan keagamaan, 70 peratus pelajar telah khatam al-Quran manakala 100 peratus memenuhi syarat Graduasi Huffaz dengan hafazan sekurang-kurangnya 10 juzuk. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MRSM Gemencheh dalam melahirkan generasi seimbang dan berdaya saing tinggi selaras dengan aspirasi MARA.
Turut hadir Encik Shahrizal bin Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah, Puan Rohana binti Jusoff, Pengarah MARA Negeri Sembilan, Tuan Haji Wan Mustaffa bin Wan Nawang, Pengetua MRSM Gemencheh, serta Encik Mohd Ali bin Mohd Yusof, Pengetua MRSM Serting.
Oleh: shafiz hamzah



