π ππ₯π ππππ π§π¨π π£π¨ππ‘ πππππππ¦π π¨π¦ππππͺππ‘ ππ‘πππ, π£ππ₯ππ¨ππ¦ πππ₯ππ‘πππ‘ πππ¨π¦ππππͺππ‘ππ‘ π¦ππ₯ππ‘π§ππ¨
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerima kunjungan delegasi seramai 20 usahawan makanan dari Puducherry, India di bawah kendalian Entrepreneurship Development Institute of India (EDII) menerusi program Engagement & Exposure Visit of Foodpreneurs from Puducherry, India under EDII to MARA, Malaysia.
Program ini merupakan sebahagian dari usaha untuk mengeratkan kerjasama strategik antara MARA dan EDII dalam pembangunan usahawan, peningkatan kapasiti serta jaringan antarabangsa. Melalui sesi perkongsian, dialog interaktif dan pertukaran amalan terbaik, kedua-dua pihak berpeluang meneroka potensi kolaborasi dalam industri berkaitan.
Delegasi EDII diketuai oleh Encik Nikhilesh Desai, Business Advisor EDII. Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA turut berkongsi mengenai Ekosistem Keusahawanan MARA. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Akademi Kecemerlangan MARA (AKM), Puan Siti Rosezaimah binti Ismail beserta Encik Hasnim bin Hashim.
Sesi ini turut disertai oleh usahawan Program Gate To Global MARA iaitu Munif Hijjaz Marketing Sdn. Bhd., Hijrah Nature Herbs (M) Sdn. Bhd. dan Got Kimchi Enterprise yang berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.
Pertemuan ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama rentas negara, memperluas jaringan perniagaan serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik dan mampan di kedua-dua negara.
Oleh: fadhly



