๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐
Bagan Datuk, Perak, 9 Mei 2026 โ Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan komitmen memperkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera menerusi pelaksanaan Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Armada Utama, Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah, Bagan Datuk, Perak hari ini.
Program berskala nasional ini menghimpunkan pelbagai inisiatif pendidikan, kebajikan, keusahawanan dan pembangunan komuniti di bawah satu platform bersepadu dengan kehadiran seramai 5,000 pengunjung terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru, masyarakat setempat, agensi kerajaan, penaja korporat dan usahawan tempatan.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datoโ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sekali gus mencerminkan sokongan kerajaan terhadap usaha memperluaskan akses pendidikan berkualiti serta memperkasa pembangunan modal insan negara.
Pelaksanaan MARA Prihatin 2026 melibatkan kerjasama strategik antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM), GiatMARA, Rural Capital Berhad (RCB), Institusi Pendidikan MARA (IPMA) serta pelbagai rakan industri dan sektor korporat melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM12.5 juta dan akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 penerima manfaat.
Oleh: suhaimi


