π ππ₯π-π ππ¦π π¦ππππ ππππ¨ππ‘ πππππ§ π ππ₯ππ§ππ πππ₯π π£ππ‘πππππππ‘ ππ π£ππππ₯ππππ‘
MELAKA, 15 JUN 2026 β Pelajar Bumiputera berpotensi tinggi kini mempunyai laluan yang lebih jelas untuk membina kerjaya dalam industri maritim menerusi kerjasama strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MISC Berhad yang merangkumi penajaan pendidikan, pembangunan bakat, latihan industri serta peluang pekerjaan dalam sektor maritim negara.
Kerjasama tersebut dizahirkan menerusi pelancaran rasmi Program MARA-MISC Edu Bridge serta penyampaian biasiswa kepada pelajar terpilih di bawah MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH-MISC) yang berlangsung di Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC Berhad, Zahid Osman.
Antara inisiatif utama ialah MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH-MISC) yang menawarkan penajaan bersama kepada 50 pelajar lepasan MRSM dalam bidang Kejuruteraan Maritim.
Program ini turut menyediakan peluang kerjaya bersama MISC Berhad selepas tamat pengajian bagi memastikan kesinambungan pembangunan bakat dalam industri maritim negara.
Majlis turut menyaksikan pelancaran rasmi Program MARA-MISC Edu Bridge, sebuah inisiatif Sekolah Angkat Maritim yang memberi pendedahan awal kepada pelajar MRSM mengenai peluang kerjaya dalam industri maritim.
Program ini melibatkan lima buah MRSM terpilih dan akan dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti pembangunan bakat termasuk program STEM berasaskan maritim, lawatan industri dan sesi perkongsian bersama profesional industri.
Selain itu, kerjasama ini turut merangkumi pelaksanaan Program Perantisan MARA-MISC yang menawarkan peluang kepada graduan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk memperoleh pengalaman industri secara berfokus serta mendapatkan sijil kompetensi yang ditauliahkan oleh Jabatan Laut Malaysia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam sektor maritim.
Kerjasama strategik MARA dan MISC Berhad ini dijangka menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai profesional maritim Bumiputera yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.
Oleh: zamry



