π ππ₯π π£ππ₯πππ‘ππ π§ππ₯ππ ππππ π£ππ₯πππ¦π πππ¨π£ππ¬πππ‘ π¨π¦ππππͺππ‘ π£π ππ¦
KUALA LUMPUR, 2 Mei 2026 β Majlis Amanah Rakyat memperkenalkan Sistem Penarafan Keusahawanan MARA (TARAF) sebagai inisiatif strategik bagi memperkasa keupayaan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui penilaian prestasi yang lebih berstruktur dan komprehensif.
Peluncuran yang diadakan bersempena Karnival 60 Tahun MARA ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan usahawan Bumiputera.
Majlis ini dilancarkan oleh Ketua Pengarah MARA, Datoβ Zulfikri Osman, yang menegaskan bahawa sistem TARAF menjadi instrumen penting dalam menilai keupayaan dan prestasi perniagaan secara holistik. Melalui pendekatan penarafan ini, MARA dapat mengenal pasti tahap perkembangan usahawan serta menyalurkan sokongan yang lebih bersasar mengikut keperluan sebenar.
Dalam majlis yang sama, MARA turut memeterai kerjasama strategik bersama VFive Group Sdn. Bhd., KPJ Healthcare Berhad dan MARA Incorporated Sdn. Bhd. meliputi pembangunan ekosistem perniagaan, sokongan perkhidmatan kesihatan serta inisiatif tenaga boleh diperbaharui yang membuka peluang pertumbuhan lebih luas kepada usahawan.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan, MARA turut menyampaikan pembiayaan kepada Farmers River International Sdn. Bhd., Lan Automotive & Engineering Sdn. Bhd., SH Mentari Sdn. Bhd. dan Alliance Graphic Sdn. Bhd.
Selain itu, Cassmira Balinese Beauty & Health Care menerima tawaran di bawah Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT) bagi menyokong keperluan pensijilan perniagaan. Inisiatif ini dijangka meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan di pasaran.
Orang ramai khususnya usahawan MARA digalakkan untuk merebut peluang yang disediakan melalui pelaksanaan sistem TARAF serta pelbagai inisiatif pembiayaan dan pembangunan yang ditawarkan bagi mempertingkat prestasi dan daya saing perniagaan.
Oleh: shafiz hamzah


