𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜, 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗦𝗜𝗡𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞

mara

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2026 – Delegasi MARA yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Dr. Azmi Amat Murjan telah mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas Berhad, En. Kameel Abdul Halim, sebagai usaha mempererat hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.

Kunjung hormat ini menjadi platform untuk memperkasa jaringan kerjasama antara kedua-dua organisasi, bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta meneroka peluang kolaborasi yang mampu mewujudkan nilai tambah kepada kedua-dua organisasi.

Pertemuan tersebut turut mencerminkan komitmen MARA dalam memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama institusi korporat terkemuka bagi memperkasa ekosistem pembangunan organisasi, menggalakkan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik serta menyokong aspirasi pembangunan negara.

MARA percaya bahawa sinergi yang kukuh antara institusi akan terus menjadi pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif yang lebih berimpak, selaras dengan komitmen organisasi dalam memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera secara mampan.