๐— ๐—œ๐—˜๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐Ÿฒ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”

mara

KLANG, 8 APRIL 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat MARA terus komited memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penganjuran MARA International Education Conference MIEC 2026 yang berlangsung dari 6 hingga 8 April di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor bersempena sambutan 60 tahun MARA.

Persidangan dwitahunan ini menjadi platform strategik menghimpunkan pemimpin pendidikan, pengamal industri dan ahli akademik dari dalam serta luar negara bagi membincangkan inovasi pendidikan, pembangunan modal insan dan amalan terbaik dalam landskap global yang semakin mencabar.

MIEC 2026 merupakan kesinambungan kepada persidangan pendidikan MARA sejak 2001 yang sebelum ini dikenali sebagai PERBINA, mencerminkan evolusi peranan MARA dalam memperkasa pendidikan secara holistik merangkumi peringkat menengah, TVET dan tertiari.

Seramai 389 peserta terlibat termasuk pembentang kajian, peserta inovasi serta kepimpinan institusi pendidikan MARA, dengan 105 pembentangan kajian dan 44 pameran inovasi diketengahkan. Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi bin Datoโ€™ Dusuki, Pengerusi MARA dalam ucapan perasmian penutup menegaskan bahawa transformasi digital dalam pendidikan bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan bagi memastikan akses pembelajaran yang lebih inklusif dan berkualiti, di samping melahirkan modal insan berdaya saing di peringkat global.

Beliau turut menyatakan bahawa penganjuran MIEC menjadi platform penting dalam merangsang budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pendidik, selain menggalakkan perkongsian kepakaran serta pembinaan jaringan profesional. Persidangan ini dilihat sebagai pemangkin transformasi pendidikan MARA melalui pengukuhan pedagogi digital, kepimpinan pendidikan berkesan serta kolaborasi strategik antara institusi dan industri, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi holistik yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Oleh: firusafira