๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐จ๐ก๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ฆ ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐
SIMPANG RENGGAM, 25 Jun โ Usaha memperluas peluang pembangunan keusahawanan dan pendidikan kepada golongan wanita terus diperkasa menerusi penganjuran Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti MARA 2026 yang berjaya menghimpunkan lebih 200 usahawan wanita sekitar Parlimen Simpang Renggam di Dewan Orang Ramai Simpang Renggam hari ini.
Program ini menjadi platform kepada peserta untuk mendapatkan pendedahan mengenai peluang pendidikan, pembangunan keusahawanan serta pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA bagi membantu meningkatkan kapasiti diri dan mengembangkan perniagaan.
Program telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis MARA yang turut menyampaikan kemudahan pembiayaan MARA kepada lima usahawan serta menyerahkan sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) berjumlah RM5,000 kepada 50 pelajar daripada keluarga B40 sekitar Parlimen Simpang Renggam sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga dan menyokong kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Peserta turut didedahkan dengan pelbagai peluang yang ditawarkan MARA, termasuk latihan keusahawanan, kemudahan premis perniagaan dan pembiayaan bagi membantu mengembangkan perniagaan serta meneroka pasaran yang lebih luas.
Mereka juga mengikuti sesi perkongsian bertajuk Kursus Wanita Berdaya Saing: Pemerkasaan Atau Tekanan? yang disampaikan oleh Dr. Irma Shida Abu Samah.
Turut berucap ialah Puan Sapilah Hashim, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Penasihat GIATMARA Parlimen Simpang Renggam yang menekankan kepentingan memperluas penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti.
Hadir sama Puan Nor Uyon Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA; Encik A. Razu Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Johor; dan Dato’ Dr. Hj. Din Adam, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperluas akses kepada pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi wanita.
Bersempena sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai inisiatif terus dilaksanakan bagi memperkasa agenda pembangunan Bumiputera serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di seluruh negara
Oleh: shafiz hamzah



