๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐๐ก ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ง๐ข ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ซ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
TOKYO, 24 Jun 2026 โ Penyertaan lima usahawan Program Gate to Global (GTG) Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Japan International Food & Beverages Expo 2026 (JFEX 2026) bermula dengan perkembangan positif apabila produk yang dipamerkan berjaya menarik perhatian pengimport dan pengedar dari pelbagai negara.
Reruai MARA ditempatkan di zon JFEX Inbound, iaitu kluster pameran yang menampilkan produk bernilai tinggi bagi pasaran antarabangsa dan tempatan. Produk yang diketengahkan terdiri daripada kategori sedia dimakan (ready-to-eat) dan sedia dibawa (ready-to-go), sejajar dengan keperluan serta gaya hidup pengguna masa kini.
JFEX 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2026 merupakan pameran perdagangan perniagaan ke perniagaan (B2B) yang menghimpunkan pengeluar, pengimport dan pengedar makanan serta minuman dari seluruh dunia.
Pameran yang dianjurkan dua kali setahun sejak 2020 itu mencatatkan penyertaan lebih 600 pempamer dari 55 negara, dihadiri kira-kira 25,000 pengunjung serta dijangka menghasilkan lebih 3,500 padanan perniagaan.
Lima usahawan GTG MARA yang menyertai pameran ini ialah Samz Holding Sdn. Bhd., Syarikat Jutaan Purnama Sdn. Bhd., Joeyees Trading Sdn. Bhd., Nims Adeliciousz Sdn. Bhd. dan Nutrivera Manufacturing Sdn. Bhd.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha MARA memperluas akses pasaran antarabangsa kepada usahawan Bumiputera melalui Program Gate to Global (GTG), bersempena sambutan 60 Tahun MARA dalam memperkasa pembangunan dan daya saing usahawan negara di peringkat global.
Oleh: shafiz hamzah



