π£ππ₯πππππ§ π§ππ₯π’ππ πππ₯πππ¦ππ π π¦π§π₯ππ§ππππ π£π₯π’ππ₯ππ π§πππ‘π’π¨π¦ππππͺππ‘ π§π©ππ§π ππ₯π
KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 β PERHEBAT telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama MARA bagi meneroka potensi kerjasama dalam Program Teknousahawan sebagai laluan kerjaya kedua kepada veteran dan bakal veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sesi tersebut turut dihadiri oleh Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA, yang berkongsi aspirasi serta hala tuju program dalam melahirkan tenaga mahir dan usahawan teknikal yang berdaya saing.
Program Teknousahawan yang ditawarkan merangkumi bidang pembinaan dan penyelenggaraan landskap, elektrik, penyejukan dan penyamanan udara, reka bentuk dan pengeluaran fabrik serta perabot, dan fesyen.
PERHEBAT berpandangan bahawa program ini berpotensi besar dalam membantu pelatih membina kerjaya yang mampan melalui gabungan pendidikan TVET, latihan praktikal dan keusahawanan.
Perbincangan ini diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama strategik yang lebih erat antara PERHEBAT dan MARA dalam memperkasakan pembangunan modal insan serta meningkatkan kebolehpasaran veteran ATM pada masa hadapan.
Oleh: hamli



