๐ฆ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ – ๐๐ก๐ฆ๐๐ฅ๐ : ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ช๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026 – ANSARA telah mengadakan kunjungan hormat ke MARA bagi membincangkan usaha memperkukuh serta meningkatkan pembangunan dana wakaf yang berpotensi memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dan kebajikan.
Perbincangan ini diketuai oleh Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Amat Murjan manakala delegasi daripada ANSARA diketuai oleh Presiden ANSARA Malaysia, Ts. Taufiq Hussein. Sebanyak 8 program telah dibincangkan secara terperinci dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2026.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik mengenai potensi kerjasama dalam memperkasa instrumen wakaf sebagai sumber dana mampan, selain meneroka inisiatif baharu yang mampu memberi impak lebih besar kepada pembangunan pendidikan serta kesejahteraan masyarakat.
ANSARA komited untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam menyokong agenda pembangunan wakaf, selaras dengan aspirasi untuk memperluaskan manfaat kepada alumni MRSM dan masyarakat secara keseluruhannya.
Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang mampan dan berimpak tinggi.
Oleh: shafiz hamzah



