π§π₯ππ‘π¦ππ’π₯π ππ¦π π£ππ‘πππππππ‘ ππ¨π ππ£π¨π§ππ₯π ππ ππ₯ππ π§ππ‘πππ π£π₯π’πππ¦ππ’π‘ππ πππ’πππ
KUALA LUMPUR, 1 MEI 2026 β Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 menekankan agenda transformasi pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja Bumiputera berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Prof. Dr. Sharifah Syahirah Syed Shiekh, Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), mengariskan empat penguasaan utama perlu diberi penekanan dalam memperkasa pendidikan profesional iaitu penguasaan ilmu dan kemahiran, sistem dan piawaian, jaringan dan kerjasama, serta aktualisasi diri bagi melahirkan graduan holistik dan berdaya saing global.
Perbincangan turut menekankan keperluan pendidikan yang selari dengan kehendak industri serta perkembangan teknologi semasa termasuk kecerdasan buatan (AI).
Kongres ini dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh ekosistem pendidikan Bumiputera agar lebih inklusif, inovatif dan relevan dengan keperluan masa depan.
Oleh: suhaimi



