๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ

mara

SEREMBAN, 27 Julai 2026 โ€“ Usahawan Bumiputera diseru terus meneroka peluang perniagaan berimpak tinggi bagi meningkatkan daya saing, memperluaskan pasaran serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 menjadi platform yang menghimpunkan usahawan, pemain industri dan agensi kerajaan bagi membuka lebih banyak peluang kerjasama, padanan perniagaan, pembiayaan serta perkongsian ilmu keusahawanan.

Penganjuran himpunan ini dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan ruang kepada usahawan Bumiputera meneroka sektor berpotensi seperti makanan dan minuman, pembinaan, automotif, gaya hidup, perkhidmatan serta rantaian bekalan industri.

Seiring perubahan landskap ekonomi, usahawan turut digalakkan membudayakan inovasi, pendigitalan, kreativiti dan pengurusan risiko agar perniagaan terus berkembang serta kekal berdaya saing.

Program Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Usahawan yang berjaya bukan sekadar memiliki modal, tetapi mempunyai keberanian untuk berusaha, keyakinan untuk melangkah, perancangan yang rapi dan komitmen yang tidak pernah luntur. Pada masa sama, kerjasama strategik serta perkongsian pengalaman dalam kalangan usahawan perlu terus diperkasakan agar lebih banyak peluang perniagaan dapat diwujudkan untuk manfaat bersama.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin dinamik, usahawan juga perlu menguasai inovasi, pendigitalan serta bijak merebut setiap peluang yang ada supaya mampu terus berkembang dan kekal berdaya saing,” katanya.

MARA terus memainkan peranan sebagai peneraju pembangunan keusahawanan Bumiputera sejak penubuhan RIDA pada tahun 1951. Pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan, bimbingan serta pembangunan perniagaan yang dilaksanakan telah melahirkan ramai usahawan berjaya, termasuk dalam kalangan usahawan yang berkembang daripada perusahaan kecil kepada syarikat berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Inisiatif ini sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat serta memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi.

Selaras dengan tema “Memperkasa Usahawan Bumiputera, Memacu Ekonomi Masa Hadapan”, penganjuran Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam menyediakan sokongan menyeluruh kepada usahawan Bumiputera melalui pembiayaan, pembangunan kapasiti, pendigitalan serta peluasan rangkaian perniagaan.

Usaha ini diyakini mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berupaya menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan serta negara.

Oleh: Hamli