๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐ก ๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐
Putrajaya, 14 Mei 2026 – Satu sesi perjumpaan khas telah diadakan antara YAB Perdana Menteri Malaysia bersama Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membincangkan agenda strategik berkaitan pembangunan pendidikan, keusahawanan serta kesejahteraan rakyat.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses pembangunan sosioekonomi Bumiputera menerusi pendekatan yang lebih mampan, inklusif dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI.
Sesi ini turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan MARA dalam memastikan pelaksanaan inisiatif pembangunan rakyat terus relevan, menyeluruh serta memberi manfaat kepada golongan sasar di seluruh negara.
Oleh: shafiz hamzah



