๐Ÿฏ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—ข๐—ก๐—š & ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก

mara

Kuala Lumpur, 4 Mei 2026 โ€“ Seramai 315 peserta daripada Parlimen Lembah Pantai, Kepong dan Pandan menyertai program ini, mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa wanita sebagai pemacu utama ekonomi keluarga dan komuniti.

Usaha ini turut disokong melalui pencapaian pembiayaan tahun 2025 yang melibatkan 3,982 peminjam dengan jumlah RM552 juta, termasuk 502 usahawan wanita di bawah program DANANITA berjumlah RM29.24 juta, selain peruntukan RM21 juta bagi tahun 2026 untuk memberi manfaat kepada 13,924 usahawan melalui latihan keusahawanan.

Program yang berlangsung sempena Karnival 60 Tahun MARA ini turut diserikan dengan penyerahan mock cheque kepada Advanced Profinity Sdn Bhd (MISA) sebanyak RM1.0 juta, VNI Scientific Sdn Bhd (PRiN) RM700,000 serta Tiamo SA Sdn Bhd (ProSPEC) RM400,000, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan MARA dalam memperkasa usahawan melalui inisiatif pembiayaan strategik.

Selain itu, majlis ini turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara MARA dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) yang memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan Bumiputera melalui program keusahawanan strategik termasuk pembangunan francais, pembiayaan perniagaan serta pembangunan kapasiti usahawan secara menyeluruh termasuk dalam kalangan TVET.

Kerjasama ini merangkumi aspek pembiayaan, latihan, kebolehpasaran serta promosi program keusahawanan bagi memperluas peluang kepada usahawan tempatan.

Dalam masa sama, pertukaran Letter of Intent (LOI) turut berlangsung antara MARA dan beberapa rakan strategik iaitu Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) serta SME Bank.

Kerjasama ini memberi fokus kepada pembangunan modal insan, peningkatan kompetensi kewangan, serta memperluas akses pembiayaan melalui skim jaminan kredit dan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus menyokong pertumbuhan usahawan secara lebih menyeluruh dan berdaya saing.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Datoโ€™ Dusuki dan turut dihadiri oleh Senator Datuk Rosni Sohar selaku Pengerusi Program, barisan kepimpinan MARA, rakan strategik serta wakil NGO.

Oleh: suhaimi