BAKAT TVET JADI REBUTAN, CAREER CRAFTING BUKA LALUAN KERJAYA
KEMAMAN, 19 Oktober 2026 – Sebanyak 1,423 sesi temu duga direkoakan sepanjang penganjuran MARA Career Crafting – East Coast Chapter 2026 yang menghimpunkan 2,417 pengunjung selama dua hari di Dewan Seri Perdana, TVETMARA Kemaman, Terengganu.
Daripada keseluruhan pengunjung, seramai 992 merupakan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA), manakala 1,636 penyerahan resume direkodkan, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap peluang kerjaya yang ditawarkan secara langsung oleh pihak industri.
Gimik pelancaran program telah disempurnakan oleh YBhg. Ir. Nuriman Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, sebagai simbolik komitmen MARA dalam membangunkan bakat TVET yang kompeten dan memenuhi keperluan industri.
Beliau kemudiannya mengadakan sesi walkabout bagi meninjau reruai pameran serta aktiviti pengambilan pekerja yang berlangsung.
Turut hadir ialah Encik Mohd Farris Radzuan, Pengarah MARA Negeri (PMN) Terengganu, PMN Pahang dan PMN Kelantan, wakil PERKESO Terengganu serta barisan kepimpinan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Penganjuran ini turut mendapat kerjasama strategik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Terengganu Oil & Gas Council (TOGC), The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) serta Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC), dengan penekanan kepada keperluan tenaga kerja sektor minyak dan gas.
Selain peluang pekerjaan, peserta turut mengikuti perkongsian industri daripada PETRONAS, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan PERKESO yang merangkumi persediaan kerjaya, kemahiran komunikasi profesional, teknik temu duga serta keperluan semasa majikan.
Kejayaan penganjuran ini mencerminkan usaha berterusan MARA dalam merapatkan jurang antara pendidikan dan industri, di samping meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas.
Oleh: nn



