ERA BAHARU KEPIMPINAN MARA

mara

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026 – Langkah pertama membawa sejuta harapan. Selepas rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah MARA pada 25 September lalu, YBng. Ir. Dr. Mahzan Teh hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA bersama barisan pengurusan, sekali gus menandakan permulaan fasa strategik baharu dalam memperkukuh hala tuju dan keupayaan organisasi.

Mesyuarat yang berlangsung di bu Pejabat MARA itu bukan sekadar pertemuan pengurusan rutin, sebaliknya menjadi platform penting untuk menyelaras visi, memperkukuh kesepaduan pasukan serta memastikan agenda pembangunan MARA terus dilaksanakan secara tersusun dan berimpak.

YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh turut berinteraksi secara langsung bersama barisan pengurusan bagi menekankan kepentingan kerja berpasukan, penyelarasan strategik dan pembudayaan prestasi tinggi dalam organisasi. Beliau turut menegaskan bahawa kelangsungan kecemerlangan MARA memerlukan keanjalan minda, keberanian meneroka pendekatan baharu serta penerapan inovasi yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

Pendekatan tersebut selaras dengan keperluan MARA untuk terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan modal insan, pendidikan dan keusahawanan Bumiputera, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa relevan, responsif dan berdaya saing dalam menghadapi landskap pembangunan yang semakin dinamik.

Mesyuarat ini menjadi antara langkah awal dalam memperkukuh kesepaduan kepimpinan dan menggerakkan agenda strategik MARA secara kolektif demi memastikan organisasi terus memberikan manfaat yang bermakna kepada masyarakat dan negara.

Oleh: shafiz hamzah