Karnival IPMA 2024 akan diadakan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2024. Karnival ini menyediakan maklumat mengenai program pendidikan MARA yang ditawarkan di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan program pinjaman pelajaran MARA. Selain itu, terdapat juga institusi pengajian swasta yang akan menyertai Karnival IPMA 2024 sebagai pempamer. Pelajar juga dapat membuat permohonan dan mendapat tawaran secara terus di karnival ini nanti. Jumpa anda di sana!
