Skim Pembiayaan Pembelian Premis Perniagaan (SPiM Premis)

Tujuan
- Membantu usahawan memiliki bangunan sendiri serta menambah pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera.
Syarat-Syarat Asas dan Khusus
Syarat-syarat Asas Dan Khusus
- Warganegara dan Bumiputera.
- Berumur 18-40 tahun.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan secara sepenuh masa.
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Perniagaan patuh Syariah.
- Bebas dari senarai hitam MARA.
- Premis yang dibeli hendaklah berstatus bangunan hakmilik kekal atau pajakan (baki tempoh pajakan tidak kurang daripada 50 tahun).
Skop Pembiayaan
Pembelian premis perniagaan seperti berikut :
- Kedai / Rumah Kedai.
- Lot Ruang Niaga.
- Lot Komersil / Kilang.
- Lain-lain jenis premis yang layak digunakan untuk perniagaan mengikut panggilan semasa.
Had Pembiayaan
Had Pembiayaan adalah seperti berikut :
- Had maksimum pembiayaan adalah 95% daripada kos pembelian premis. Manakala baki 5% perlu disumbang oleh pemohon.
- Pemohon yang berstatus perniagaan milikan tunggal / perkongsian, had maksimum pembiayaan ialah RM1,000,000.00.
- Pemohon yang berstatus Syarikat Sendirian Berhad, had maksimum pembiayaan ialah RM2,000,000.00.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan atau bayaran balik adalah sehingga 20 tahun dan umur pemohon tidak lebih dari 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Jaminan atau Cagaran
- Cagaran ke atas premis yang hendak dibeli
- Pemohon dikehendaki mengambil insuran MRTT dan insuran kebakaran bagi premis yang dibeli.
- Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan
4%
e-PERKHIDMATAN
Aduan SISPAA
e-Baki
MARA EPS
MyEduloan
MyUsahawan
MyPremis
e-Potensi
Portal Alumni
Klinik Panel MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]