MAKLUMAN DEFAULT

Soalan Lazim Urusan Perolehan MARA

FAQ Umum

  1. Di manakah iklan Tender / Sebut Harga MARA boleh diperolehi?
  •  Sebarang iklan bagi Tender MARA akan diiklankan di akhbar Berita Harian dan juga dimuat naik dalam Portal MARA iaitu di https://www.mara.gov.my/. Manakala bagi iklan Sebut Harga Pusat Pentadbiran MARA akan dipaparkan di Papan Kenyataan Pusat Pentadbiran MARA yang berkaitan.

 

  1. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menyertai Tender / Sebut Harga MARA?
  •  Pihak syarikat perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera beserta Kod Bidang mengikut syarat tawaran.

 

  1. Apakah syarat – syarat utama bagi menyertai Tender / Sebut Harga MARA secara atas talian?
  • Pihak syarikat perlu mendaftar dengan pihak Sennego.com. Sila klik https://www.sennego.com/ untuk tatacara pendaftaran.

 

  1. Adakah wakil syarikat dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak & membeli dokumen Tender / Sebut Harga MARA?
  • Tidak dibenarkan. Hanya penama yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam urusan perolehan MARA.

 

  1. Bagaimana pihak syarikat boleh mengetahui keputusan Tender / Sebut Harga MARA yang telah disertai?
  • Sebarang keputusan Tender / Sebut Harga MARA akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi MARA iaitu di https://www.mara.gov.my/ dan pembekal yang berjaya akan dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA. Manakala bagi Sebut Harga di Pusat Pentadbiran MARA, keputusan akan dipaparkan di Papan Kenyataan Pusat Pentadbiran MARA yang berkaitan.

 

  1. Bagi penjualan Tender / Sebut Harga MARA secara dalam talian, bolehkah calon petender membuat pembelian no. pin di Pejabat MARA Negeri / Daerah yang terdekat?
  • Penjualan no. pin untuk tender / sebut harga secara dalam talian hanya dilaksanakan di Bilik Tender, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur sahaja pada ketika ini. Sebarang perubahan terbaharu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

 

  1. Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan perolehan MARA?
  • Sebarang pertanyaan berkaitan perolehan MARA boleh menghubungi talian 03-26132000 atau Portal MARA https://www.mara.gov.my/.

 

FAQ Bagi Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

 

  1. Bagaimanakah kedudukan Tender / Sebut Harga MARA yang telah dipelawa tetapi tarikh tutupnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
  •  Tarikh tutup Tender / Sebut Harga MARA telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat termasuk di portal MARA.

 

  1. Bagaimanakah kedudukan Tender / Sebut Harga MARA yang telah tamat tempoh sah laku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
  •  Tarikh sah laku Tender / Sebut Harga MARA telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

 

  1. Adakah taklimat Tender / Sebut Harga MARA yang dijadualkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan diteruskan?
  • Taklimat Tender / Sebut Harga MARA telah dijadualkan semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan tarikh baharu bagi taklimat Tender / Sebut Harga MARA adalah tertakluk kepada Pengawal Pusat yang berkaitan.